MAJLIS BELIA MALAYSIA

Mesyuarat Perolehan Hari Belia Negara 2026

KUALA LUMPUR 8 Mei – Mesyuarat Perolehan Sempena Sambutan Hari Belia Negara 2026 Peringkat Kebangsaan telah berlangsung di Wisma MBM.

Mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh Azman Azeez selaku Timbalan Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) merangkap Pengerusi Jawatankuasa Hari Belia Negara MBM.

Mesyuarat diadakan bagi memperincikan urusan perolehan serta meneliti dan membuat tapisan terhadap vendor-vendor yang akan terlibat dalam Sambutan Hari Belia Negara 2026 Peringkat Kebangsaan yang dijadualkan berlangsung di Sri Sendayan.

Proses pemilihan vendor dilaksanakan secara telus dan teratur bagi memastikan syarikat yang dipilih benar-benar memenuhi kriteria serta keperluan penganjuran program berskala nasional tersebut.

Turut hadir ialah Mohd Uzaini Mohd Sani, Pengarah Cawangan Pembangunan Sosial, Bahagian Pembangunan Belia, Jabatan Belia dan Sukan Negara, Presiden MBM, Bendahari Kehormat MBM serta wakil sekretariat.

Mesyuarat ini menjadi antara langkah penting dalam memastikan segala aspek persiapan Sambutan Hari Belia Negara 2026 berjalan lancar dan tersusun demi menjayakan penganjuran program terbesar belia negara itu.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »