MAJLIS BELIA MALAYSIA

Majlis Perasmian Penutupan Hari Belia Negeri Terengganu Jadi Kemuncak Program

HULU TERENGGANU 20 JUN 2026 – Festival Belia Hari Belia Negeri Terengganu melabuhkan tirainya di Dewan Sivik, Dataran Padang Kacang, Telemong dengan suasana penuh semangat dan sokongan padu warga belia. Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh Dato’ Abdul Kahar Latif yang menekankan kepentingan persatuan belia sebagai penggerak utama pembangunan komuniti.

Turut memeriahkan majlis ialah penyampaian Anugerah Perdana Belia Negeri Terengganu bagi kategori Individu Lelaki, Wanita dan Persatuan sebagai pengiktirafan kepada tokoh serta organisasi belia yang telah banyak menyumbang kepada pembangunan belia negeri.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »