Majlis Belia Malaysia (MBM) terpanggil untuk melahirkan rasa simpati terhadap kejadian yang menimpa pesawat Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 pada 8 Mac 2014.
Kehilangan pesawat ini menimbulkan suasana dan reaksi yang bercampur baur kepada pengendali penerbangan, ahli keluarga penumpangΒ dan anak kapal,Β media dan masyarakat tempatan mahupun luar negara.Β MisteriΒ ini sekaligus meminta semua rakyat Malaysia khususnyaΒ untuk bersatu dalam memberi sokongan tidak berbelah bahagi kepada usaha kerajaan MalaysiaΒ dan agensi-agensi yang terlibat dalam usaha mencari dan menyelamat penumpang dan pesawat MH370 ini.
MBM mengambil inisiatifΒ mengerakkanΒ belia MalaysiaΒ bagiΒ memberikan sokongan moral kepada keluarga-keluarga mangsa yang terlibat serta memberi perangsang kepada pasukan mencari dan menyelamat melakukan yang terbaik dalam misi ini.
MAS sebuahΒ government linked companiesΒ (GLC) telah memainkan peranan penting di Malaysia dalam memberikan perkhidmatan terbaiknya kepada masyarakat Malaysia dan dunia amnya sekaligus mempromosikan Malaysia di pentas dunia.
MBM menyeru rakyat Malaysia untuk memberi sokongan padu kepada semua pihak terlibat atas nama persaudaraanΒ dan kemanusianΒ demi menjaga kepentingan dan imej negara. Sokongan ini bertujuan untuk menzahirkan rasa dukacita di atasΒ dugaanΒ yang menimpa mangsa dan ahli keluargaΒ penumpang dan krew pesawat MH370 supaya kekal kuat dan tabah dalam menghadapi hari-hari sukar ini. Di samping itu juga, sokongan berterusan diberikan kepada kakitangan-kakitanganΒ MAS supaya dapat mengekalkan prestasi mereka diΒ dalam industriΒ penerbanganΒ global.
MBM memandang tinggi usaha mencari dan menyelamat yang digerakkan oleh pelbagai agensi kerajaan dalam mempastikan kejayaan operasi ini. MBM juga mengucapkan terima kasih dan penghargaan di atas usaha dari negara serantau dan antarabangsa dalam menggerakkan aset mereka dalam usaha mencari dan menyelamat ini.
Pada kesempatan ini, MBM juga memohon kepada rakyat Malaysia agar terus memberi sokongan kepada usaha mencari dan menyelamat ini dan tidak menimbulkan sebarang spekulasi atau khabar angin yang boleh memburukkan keadaan.
Semoga doa dan ikhtiar kita yang berterusan dan ikhlas menatijahkan yang terbaik dalam usaha ini.