REDANG 7 Jun – Sempena Hari Alam Sekitar Sedunia, Majlis Belia Malaysia (MBM) melalui Jawatankuasa Sukarelawan telah menganjurkan Program Rakan Bumi pada 6-7 Jun 2026 di bawah inisiatif Rakan Muda bagi meningkatkan kesedaran dan tanggungjawab belia terhadap pemeliharaan alam sekitar.
Seramai 40 belia menyertai program di Pulau Redang yang memberi pendedahan mengenai kepentingan menjaga alam demi kesejahteraan generasi akan datang. Antara pengisian program ialah pembersihan pantai, snorkeling, lawatan reservasi telur penyu, Bicara Alam serta aktiviti penjagaan karang laut.
Dengan sokongan Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN), program ini turut dilaksanakan bersama badan-badan gabungan MBM menerusi 20 siri program sepanjang Jun di seluruh negara.
Melalui aktiviti berteraskan kelestarian, peserta didedahkan kepada peranan penting belia dalam memelihara ekosistem dan memastikan sumber alam terus terpelihara.
Setiap tindakan kecil hari ini mampu membawa impak besar kepada kelangsungan alam dan kesejahteraan generasi masa depan.
Hadir sama Exco MBM, Sdri. Nuriffah Atiqah Ismail, Sdr. Alif Izzudddin dan Sdri. Jessy Ng, Naib Presiden MBM selaku pemantau program.
Terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan usaha ini.













































