Pulau Pinang | 25 September – Sambutan Hari Belia Negara Peringkat Negeri Pulau Pinang 2022 telah berlangsung dengan jayanya hari ini.
Majlis perasmian disempurnakan oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), YB Dato’ Sri Reezal Merican Naina Merican.
Lebih 1,000 warga belia Pulau Pinang hadir menyertai sambutan ini yang berlangsung di Dataran Millennium Kepala Batas.
Beliau menekankan pentingnya pemimpin kerajaan dan negeri mendampingi warga belia, kerana mereka merupakan aset berharga kepada masa depan negara.
Turut hadir Datuk M Noor Azman Taib, Ketua Setiausaha KPKT; Tuan Mozakir Buyong Mokhtar, Pengarah Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Pulau Pinang; Sdr. Mohd Hafiz Ali Mohd Anuar, Presiden dan kepimpinan Majlis Belia Negeri Pulau Pinang.
Majlis Belia Malaysia (MBM) diwakili oleh Sdr. Mohd Fauzi Fadzil, Exco MBM dan Sdr. Mohamad Iqmal Mahadi, Pen. Bendahari Kehormat MBM.