PUTRAJAYA 19 Mac – Kepimpinan Majlis Belia Malaysia (MBM) dan beberapa badan gabungannya telah menghadiri Majlis Berbuka Puasa MADANI di kediaman rasmi Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim Kompleks Seri Perdana.
YAB Perdana Menteri meraikan para agamawan, pemimpin pertubuhan bukan kerajaan dan wakil agensi kerajaan berkaitan hal ehwal Islam yang menghadiri majlis ini.
Majlis turut meraikan 18 anak yatim serta asnaf dari Pusat Pendidikan dan Penjagaan Anak Yatim Baitul Ehsan Al-Khairi.
Tetamu yang hadir mendengar tazkirah Ramadan yang disampaikan Pengerusi Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Datuk Dr Nooh Gadut sebelum berbuka diikuti solat Maghrib, Isyak dan Tarawih berjemaah.
Antara pimpinan MBM yang hadir Datuk Syed Osman Mohamed, Naib Presiden MBM; Sdr. Hasnul Haniff Harun, Setiausaha Agung MBM dan Dr. Mohd Fauzi Fadzil, Exco MBM.
YAB Perdana Menteri dalam ucapan ringkasnya mendoakan agar semua para agamawan, aktivis dakwah dan petugas agensi Islam terus istiqamah menjalankan peranan masing-masing serta sentiasa berada dalam barakah dan perlindungan Allah SWT.
![](https://belia.org.my/wp/wp-content/uploads/2024/03/431495745_7457843040905395_6880321647840073642_n-1024x768.jpg)
![](https://belia.org.my/wp/wp-content/uploads/2024/03/432750011_378127841800682_3069964937768427918_n-1024x681.jpg)
![](https://belia.org.my/wp/wp-content/uploads/2024/03/432772107_378127911800675_6822503351321402395_n-1024x681.jpg)
![](https://belia.org.my/wp/wp-content/uploads/2024/03/432772769_988515182630049_7448613551570904055_n-1024x683.jpg)
![](https://belia.org.my/wp/wp-content/uploads/2024/03/432783904_988515062630061_3682595010473068418_n-1024x683.jpg)
![](https://belia.org.my/wp/wp-content/uploads/2024/03/432787873_988515115963389_8470737971280932257_n-1024x683.jpg)
![](https://belia.org.my/wp/wp-content/uploads/2024/03/434006090_7457841660905533_8094995224135630786_n-1024x768.jpg)