MAJLIS BELIA MALAYSIA

Mesyuarat Penyelarasan Sambutan Hari Belia Negara 2023

PORT DICKSON 3 April – Mesyuarat Penyelarasan Sambutan Hari Belia Negara 2023 Peringkat Kebangsaan telah diadakan di Restoran Citarasa Kampung Port Dickson di sini.

Mesyuarat dipengerusikan oleh Timbalan Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) merangkap Pengerusi Jawatankuasa Hari dan Minggu Belia Negara MBM, Sdr. Mohd Fairos Rusli.

Mesyuarat membincangkan mengenai penyelarasan, pengisian dan perjalanan program bagi memastikan program ini berjalan lancar. HBN2023 akan diadakan pada 20-21 Mei 2023 di Padang Pejabat Daerah dan Tanah Port Dickson dan dihadiri oleh YAB Perdana Menteri.

Ahli-ahli mesyuarat juga mengadakan lawatan tapak di lokasi program.

Mesyuarat dihadiri Pengarah JBS Negeri Sembilan, Encik Zul Fadhli Abd Aziz; Pengarah Cawangan Pembangunan Sosial JBSN, Encik Mohd Uzaini Mohamad Sani.

Turut hadir Setiausaha Agung MBM, Sdr. Hasnul Haniff Harun; Bendahari Kehormat MBM, Sdr. Mohd Izham Ahmad; Exco MBM, Sdr. Ibnu Rasyeed Mat Isa dan wakil-wakil rakan kerjasama.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »