MAJLIS BELIA MALAYSIA

Mesyuarat Jawatankuasa Kerja MPBN Sidang II Penggal Ke-33 Sesi 2021-2022

PUTRAJAYA 12 Jan – Telah berlangsung Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN) Sidang II Penggal Ke-33 Sesi 2021-2022 di Kementerian Belia dan Sukan.

Mesyuarat dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Jabatan Belia Dan Sukan Negara, YBrs. Tuan Mohd Azhari Mohammad.

Hadir sama Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Pembangunan Belia JBSN, Dr. Zainah Shariff; Setiausaha Agung Majlis Belia Malaysia (MBM), Sdr. Hasnul Haniff Harun dan Sdri. Jessy Ng Chor Eng selaku Timbalan Pengerusi Jawatankuasa MPBN dan Parlimen Belia MBM serta Pengarah Cawangan Pembanguan Sosial JBSN, Encik Mohd Uzaini Mohamad Sani.

Mesyuarat bertujuan melancarkan lagi proses gerak kerja pelaksanaan MPBN Sidang II Penggal Ke-33, Sesi 2021-2022 yang akan berlangsung tidak lama lagi.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »