CHERAS 23 September – Majlis Belia Malaysia (MBM) telah menghadiri Majlis Makan Malam bersama Datuk Hajah Hatipah Ibrahim, Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara merangkap Ahli Lembaga Pusat Belia Antarabangsa.
Majlis ini dianjurkan oleh Pusat Belia Antarabangsa bagi mengenang jasa beliau sempena persaraan beliau hujung bulan September. Selamat bersara Datuk!