MAJLIS BELIA MALAYSIA

Hari Kesihatan Mental Sedunia : Seksyen 309 Kanun Keseksaan wajar disemak semula

Majlis Belia Malaysia (MBM) ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Kesihatan Mental Sedunia yang disambut hari ini di seluruh dunia.

Isu kesihatan mental menjadi antara isu penting yang membimbangkan dalam kalangan belia lebih awal semenjak beberapa tahun sebelum Covid-19 melanda dunia. Ia juga boleh diperhatikan melalui dapatan Indeks Belia Malaysia yang menilai kesejahteraan belia setiap tahun termasuk kesihatan mental belia yang menunjukkan trend yang amat membimbangkan.

MBM dan badan gabungan MBM juga terlibat secara langsung dalam menangani isu ini dengan penganjuran bengkel First Psychological Aid dan beberapa siri-siri bengkel berkaitan kesihatan mental serta sistem sokongan. Terbaru MBM bekerjasama Bersama Pusat Belia Antarabangsa (IYC) Kuala Lumpur menganjurkan Webinar IYC Program Kesedaran Mental bagi memahami isu ini dan mewujudkan pasukan belia bagi menangani isu cubaan membunuh diri dalam kalangan belia.

Selain usaha-usaha di atas, MBM juga berpandangan daripada sudut polisi, Seksyen 309 Kanun Keseksaan Kanun Jenayah (Akta 574) wajar dikaji secara serius oleh pihak Kerajaan dan dipinda bagi membolehkan pelaku kes bunuh diri dibimbing, dirawat, dipulihkan dan bukannya dihukum. Ini adalah kerana kerana mereka berhadapan tekanan hidup yang amat berat khususnya di era pandemik dan sebahagiannya mereka buntu mencari jalan keluar sehingga ketidakwarasan fikiran mereka menyebabkan mereka memilih jalan menamatkan hayat hidup mereka sendiri.

MBM mengajak para pemimpin belia dan komuniti pelbagai peringkat agar melihat isu ini secara serius dan menyediakan sistem sokongan segera kepada mereka mempunyai gejala cubaan membunuh diri.

Selamat Menyambut Hari Kesihatan Mental Sedunia.

JUFITRI JOHA

Presiden

Majlis Belia Malaysia

Bertarikh : 10 Oktober 2021

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »