SERDANG 31 Mei – Seramai 30 orang peserta terdiri daripada wakil Badan-badan gabungan Majlis Belia Malaysia (MBM), Sukarelawan PEMADAM dan pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menyertai Bengkel Latihan Generational End Game Anti Rokok (GEGAR-BELIA) bertempat di Dewan Kolej Pendeta Zaaba UPM.
Peserta yang menyertai bengkel ini akan dilibatkan sebagai penceramah dan fasilitator yang akan membantu urus setia FCTC mempromosi dan menghebahkan inisiatif GEG ke peringkat akar umbi.
Generasi Penamat atau Generational End Game mensasarkan belia yang lahir pada tahun 2005 yang kini berumur 18 tahun sebagai generasi penamat rokok. Inisiatif ini sebagai satu langkah sifar pendedahan mengenai penggunaan tembakau kepada kanak-kanak dan mengurangkan peratusan perokok di Malaysia kepada 5%.
Dapatkan maklumat tentang bantuan berhenti merokok melalui pautan www.jomquit.com