MAJLIS BELIA MALAYSIA

Teks Ucapan Perasmian : JCI Leadership Summit 2022

Sdr. Jufitri bin Joha

Presiden Majlis Belia Malaysia

1 Januari 2022 (Sabtu) / 27 Jamadilawal 1443H

Hotel Le Quadri, Kuala Lumpur

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Saudara & saudari sekalian,

Saya mengucapkan terima kasih atas jemputan Junior Chamber International (JCI) Malaysia untuk kesekian kalinya menjemput MBM dan saya untuk merasmikan Sidang Kemuncak Kepimpinan 2022 (Leadership Summit 2022). Ini merupakan tradisi baik yang wajar diteruskan oleh pihak JCI dari masa ke semasa sebagaimana pepatah Arab menyebutkan, “Aljam’u Bayna Qadimissoleh wa jadidun nafi’” yang maksudnya, “A combination between the good old tradition with the beneficial new tradition”. Tradisi ini bagi mengingati jasa kepimpinan yang lepas dan memperingatkan akan tanggungjawab kepada kepimpinan baharu.

Pada hemah saya, JCI Malaysia sentiasa menjadi contoh gerakan belia daripada pelbagai sudut tata kelola atau governan, kewangan, kecaknaan kepada isu semasa seperti rasuah dan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) dan kepimpinan. JCI juga terlibat bersama-sama MBM membantu mangsa banjir yang melanda sebahagian wilayah di Malaysia baru-baru ini. Saya yakin JCI akan terus boleh memperkukuhkan peranan sebagai gerakan belia unggul.

Suka saya memperingatkan semula peranan gerakan belia seperti JCI Malaysia sebagaimana yang disebutkan oleh Profesor Emeritus Dr. Azimi Hamzah, adiguru pembangunan belia negara dalam bukunya Persatuan Belia di Malaysia (2002) yang ditulis bersama Profesor Turiman Suandi dan Profesor Ezhar Taman di mana gerakan belia berperanan sebagai medium :

  • Kepimpinan
  • Pemantapan Imej Belia
  • Pembangunan Masyarakat
  • Pusat Pengajaran & Pembelajaran
  • Pusat Sumber
  • Perpaduan Masyarakat
  • Penyaluran Suara Belia
  • Kesukarelawanan dan Kesusahawanan
  • Pembangunan Sukan & Rekreasi

JCI Malaysia diharap akan terus memainkan peranan melahirkan kepimpinan negara yang lebih baik, berintegriti, bebas rasuah, mengutamakan rakyat dan perpaduan & integrasi nasional. JCI Malaysia tidak kering daripada melahirkan ramai kepimpinan negara YB Dato’ Sri Edmund Santhara (Founder JCI Masterskill, past JCI TOYP and JCI CYEA winner), Allahyarham Tan Sri Dato’ Paduka Mohamed Khir Johari (Former Education Minister).The Late Tun Dr Lim Chong Eu (Former Penang Chief Minister), Tan Sri Datuk Patinggi Dr. George Chan Hong Nam (Former Deputy Chief Minister of Sarawak), The Late YB Datuk Stephen Wong Tien Fatt (Sandakan MP), The Late Datuk Ting Ing Mieng (Former Seduan ADUN), Y.A. Bhg Tan Sri Dato Dr Koh Tsu Koon (Former Penang Chief Minister), Y. Bhg Datuk Dr Marcus Mojigoh (Former Putatan MP), Y. Bhg Datuk Pang Yuk Ming (Former Merotai ADUN), Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai (Gerakan National President). Saya yakin ramai lagi akan terus lahir daripada JCI Malaysia.

JCI adalah platform terbaik melatih bukan sahaja kepimpinan dalam perniagaan tetapi dalam politik. Saya petik kata Dato’ Seri Nazir Razak dalam bukunya What’s in A Name, “Good leadership doesn’t mean telling people in detail what to do that can be demeaning. Good leaders make people want to work hard by praising them and building them up in order to demand more of them, like a coach”. Saya mengesyorkan agar anda semua membaca buku ini.

Bersandarkan buku ini juga saya melihat kebimbangan belia terhadap masa depan negara di mana kita berhadapan dengan 3 kepala raksasa yang mengepalai negara, identiti, wang dan pemusatan kuasa. Ini memerlukan kepada usaha recalibration of the nation. Generasi muda harus memimpin perubahan landskap politik ini. Namun ia bukanlah tugasan mudah kerana cabaran dalam dunia politik amat mencabar sebagaimana yang diungkapkan oleh Abraham Lincoln, “Nearly all men can stand adversity, but if you want to test a man’s character give him power”. Namun begitu jika orang baik tidak masuk politik siapa yang akan memimpin Malaysia? Maka ia memerlukan kepada sekumpulan pemimpin muda yang berprinsip dan beridealisme untuk tekal teguh menjadi pemimpin yang baik. JCI Malaysia wajar memainkan peranan ini.

Saudara & saudari sekalian,

Banyak tugasan kita pada 2022 ini. JCI harus terus bersama-sama MBM menggembling tenaga menyelamatkan masa depan generasi masa depan. Bukan sahaja pandemik yang menyebabkan generasi muda cemas akan masa depan mereka tetapi juga persoalan alam sekitar. Saya petik laporan daripada thevibes.com:

A global study conducted in ten countries around the world reveals that 45% of young people suffer from eco-anxiety. Governments’ inaction on climate issues is frequently cited as promoting this distress. 

The study compiles several surveys of 10,000 children and youth (16-25 years old) in 10 countries around the world (Australia, Brazil, Finland, France, India, Nigeria, Philippines, Portugal, United Kingdom and United States). When asked how they see the future, 75% of all young people surveyed described it as “frightening.”

More than half of the people surveyed said they felt “afraid,” “sad,” “anxious,” “angry,” “powerless” or “helpless”… A percentage that rises to 81% in southern countries such as Portugal and even to 92% in the Philippines.

Nearly half of young people surveyed worldwide (45%) say that climate-related anxiety and distress affect their daily lives. Of these young people, 64% believe that their governments are “not doing enough” to avoid a climate catastrophe.

“I grew up being afraid of drowning in my own bedroom”

While 55% think that they won’t have access to the same opportunities that [their] parents had” to take action for the climate, 65% believe that governments are “failing young people,” with 58% going so far as to call this inaction a “betrayal” for future generations”.

Ini merupakan keutamaan kita bersama selepas pandemik untuk menangani isu alam sekitar yang membimbangkan dan menghantui masa depan generasi muda di seluruh dunia termasuk Malaysia.

Tugas membangunkan aspek kemanusiaan belia merupakan tugasan yang mesti juga diberikan perhatian utama kerana menurut pujangga Pakistan terkenal Sir Muhamad Iqbal bukan sahaja manusia perlu dibangunkan namun kemanusiaan juga perlu dibangunkan. Nilai-nilai kemanusiaan yang semakin terhakis terutamanya dalam kalangan generasi muda mesti dibangunkan semula selaras dengan aspek keperluan fizikal belia seperti ekonomi, kemahiran dan pekerjaan. Ini tugasan utama kita semua!

Saudara & saudari sekalian,

MBM ingin mengucapkan terima kasih kerana wakil JCI Malaysia dalam MBM iaitu saudari Nurul-Huda Mohamed Afandi, Naib Presiden Wanita MBM mempamerkan kepimpinan yang amat baik dan wakil  JCI mesti terus menyumbang dalam MBM pada musim hadapan. Kepimpinan wanita merupakan juga keutamaan MBM dan JCI telah membuktikannya dengan kepimpinan Nurul-Huda, Hooi Mei dan kini diwariskan kepada wanita juga iaitu Ellen Lu.

Kepada kepimpinan lama JCI 2021 yang diterajui JCI Senator Chew Hooi Mei terima kasih dan kepada kepimpinan baharu JCI 2022 diterajui JCI Senator Ellen Lu selamat bertugas dengan baik.

Saya mendoakan JCI terus maju jaya akan menjadi gerakan belia contoh.

Dengan ini saya merasmikan JCI Leadership Summit 2022.

Sekian, terima kasih.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »