“BELIA KREATIF PEMACU NEGARA INOVATIF”
Pengenalan
Konvensyen Belia Kebangsaan 2016 (KBK16) mengangkat tema “Belia Kreatif Pemacu Negara Inovatif” dimana penerapaan nilai-nilai dan sentuhan kreatif dalam menggalakkan golongan belia menjadi golongan yang aktif dalam mencorak pembangunan negara di masa hadapan.
Pendekatan kreatif memerlukan idea-idea yang baru dan ‘fresh’ dimana ia mampu dijadikan medium penarik golongan muda untuk melibatkan diri dalam program-program pembangunan belia serta negara. Perbincangan mengenai formula-formula baru dalam mendekati golongan belia selari dengan trend masakini akan dikupas pada KBK16.
Penyertaan adalah percuma dan terbuka kepada belia yang berumur dari 18 hingga 40 tahun.
Sila isikan borang penyertaan di bawah.