MAJLIS BELIA MALAYSIA

KEAHLIAN

Keahlian MBM adalah terbuka kepada pertubuhan-pertubuhan belia kebangsaan dan Majlis-Majlis Belia Negeri di Malaysia yang mendukung matlamat serta usaha MBM. Sesebuah pertubuhan belia kebangsaan layak menjadi badan gabungan jika ia mempunyai tidak kurang dari 20,000 ahli perseorangan dan bergerak sekurang-kurangnya di enam daripada empat belas buah negeri di Malaysia.

Pertubuhan itu juga hendaklah demokratik, dan bergerak sebagai pertubuhan sukarela, menjalankan urusan-urusan dengan berdikari dan memberikan peluang sepenuhnya kepada semua ahli untuk mengambil bahagian yang wajar dalam semua kegiatan, di samping keahlian itu terbuka kepada semua warganegara Malaysia.

Sekarang ini terdapat 41 buah badan kebangsaan dan majlis belia negeri serta sebuah badan bersekutu yang bergabung dengan MBM (hampir kesemua pertubuhan belia di Malaysia) dengan jumlah ahli perseorangan tidak kurang dari 1.2 juta orang.

Organisasi belia kebangsaan terbahagi kepada empat kategori iaitu; Organisasi Belia Biasa, Organisasi Belia Beruniform, Organisasi Belia Agama dan Organisasi Belia Pelajar.

  1. Gerakan Belia 4B Malaysia (4B)
  2. Gerakan Belia Bersatu Malaysia (GBBM)
  3. Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM)
  4. Majlis Kelab Bell Belia Tamil Malaysia (KBBT)
  5. Pergerakan Pemuda Malaysia (YMM)
  6. Persatuan Asrama Belia Malaysia (MYHA)
  7. Pertubuhan Belia Kebangsaan Bersatu Sarawak (SABERKAS)
  8. Persatuan Kelab-Kelab Belia Malaysia (MAYC)
  9. Pergerakan Belia India Muslim Malaysia (GEPIMA)
  10. Gerakan Belia Sikh Malaysia
  11. Junior Chamber International Malaysia (JCIM)
  12. Majlis Belia India Malaysia (MIYC)
  13. Persatuan Belia Xiang Lian Malaysia

ii. Organisasi Belia Beruniform

Organisasi belia beruniform kebanyakannya ditubuhkan di zaman penjajahan British pada awal abad ke 20. Aktiviti organisasi ini lebih tertumpu kepada gerakan perkhidmatan dan sosial. Kebanyakan organisasi pertubuhan dalam kategori ini terdapat di sekolah-sekolah dan institusi-institusi pendidikan. Persatuan-persatuan tersebut ialah :

1. Briged Putera Malaysia
2. Briged Puteri Malaysia
3. Persatuan Pandu Puteri Malaysia
4. Persekutuan PengakapĀ  Malaysia
5. St. John Ambulans Malaysia
6. Pergerakan Puteri Islam Malaysia

iii. Organisasi Belia Agama

Organisasi yang terletak di bawah kategori ini menjadikan agama sebagai landasan gerakan mereka. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan bertujuan untuk meningkatkan kefahaman dan mengamalkan hidup beragama di kalangan ahli-ahli. Persatuan-persatuan yang tergolong dalam kategori ini ialah :

1. Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)
2. Persaudaraan Belia Methodist Malaysia
3. Majlis Belia Hindu Malaysia (HYO)
4. Persatuan Belia Buddhist Malaysia (YBAM)

iv. Organisasi Belia Pelajar

Organisasi belia yang termasuk dalam kategori ini kebanyakkan daripada golongan masyarakat melayu. Matlamat mereka ialah bagi memperkembangkan kemajuan pendidikan belia pelajar yang sedang melalui alam persekolahan atau yang tercicir dalam bidang pendidikan. Persatuan belia yang termasuk dalam kategori ini ialah :

1. Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS)
2. Persatuan Kebangsaan Pelajar-Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)

v. Majlis Belia Negeri

Majlis Belia Negeri merupakan badan penyelaras belia peringkat negeri. Kecuali Sabah dan Sarawak, semua negeri-negeri mempunyai majlis belia negeri masing-masing.

BADAN GABUNGAN MBM


1. Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)
2. Briged Putera Malaysia

3. Briged Puteri Malaysia
4. Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS)
5. Gerakan Belia 4B Malaysia
6. Gerakan Belia Bersatu Malaysia
7. Majlis Belia Felda Malaysia
8. Majlis Belia Hindu Malaysia
9. Majlis Kelab Bell Belia Tamil Malaysia
10. Pergerakan Pemuda Malaysia
11. Persatuan Asrama Belia Malaysia
12. Persatuan Belia Buddhist Malaysia
13. Persatuan Kebangsaan Pelajar-Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)
14. Persatuan Pandu Puteri Malaysia
15. Persaudaraan Belia Methodist Malaysia
16. Persekutuan PengakapĀ  Malaysia
17. St. John Ambulans Malaysia
18. Pergerakan Puteri Islam Malaysia
19. Persatuan Kelab-Kelab Belia Malaysia (MAYC)
20. Majlis Belia Negeri Perlis
21. Majlis Belia Negeri Kedah
22. Majlis Belia Negeri Pulau Pinang
23. Majlis Belia Negeri Perak
24. Majlis Belia Selangor
25. Majlis Belia Negeri Sembilan
26. Majlis Gabungan Belia Melaka
27. Majlis Belia Negeri Johor
28. Majlis Belia Negeri Pahang
29. Majlis Belia Negeri Terengganu
30. Majlis Belia Negeri Kelantan
31. Majlis Belia Wilayah Persekutuan
32. Pertubuhan Belia Kebangsaan Bersatu Sarawak (SABERKAS)
33. Majlis Belia Sabah
34. Pergerakan Belia India Muslim Malaysia (GEPIMA)
35. Majlis Belia India Malaysia
36. Junior Chamber International Malaysia
37. Persatuan Belia Xiang Lian Malaysia
38.Persatuan Belia Felcra Malaysia

BADAN BERSEKUTU MBM

39. Gerakan Belia Sikh Malaysia

40. Majlis Belia Orang Asli Malaysia

41. Majlis Belia Orang Kurang Upaya Malaysia

Translate »