Labuan, 27 Mac 2011 – Siri Jelajah Proton-MBM-Hari Belia Negara 2011 telah melabuhkan tirainya di Labuan. Delegasi MBM-KBS seramai 35 orang dari Semenanjung telah berangkat ke Labuan setelah selesai siri jelajah peringkat negeri Sabah. Delegasi yang diketuai oleh Tuan Hj. Mohd sukor Md Yusoff, Timbalan Presiden MBM bersama Puan Rohani Abu Hassan, Pengerusi Tetap MBM dan Sdr. Mod Nadzri Yaacob, CEO Sekretariat HBN2011 telah selamat sampai ke jeti Labuan pada jam 7 petang setelah melalui 3 jam perjalanan melalui darat dari Kota Kinabalu ke jeti Menumbok seterusnya 45 minit menaiki bot laju ke Labuan. Delegasi ini disambut dengan mesra oleh Majlis Belia Labuan (MBL) sepanjang program berlangsung. Siri jelajah ini dimulakan dengan program promosi HBN2011 di sekitar bandar Labuan terutamanya di pasar tani dan bazar yang menjadi tumpuan orang ramai pada sebelah paginya. Sejurus selepas itu, konvoi yang disertai oleh 20 buah kereta Proton dan 100 buah motorsikal bergerak mengelilingi pulau Labuan dan berakhir di Kompleks Belia dan Sukan Labuan. Konvoi ini disambut mesra oleh Sdr. Mohd Dzulfaizal AB Manan, Presiden MBL dan seluruh exconya. Konvoi ini berakhir pada jam 3 petang
setelah dilancarkan oleh Y. Bhg. Datuk Hj. Yunus B. Hj. Kurus, Pengerusi Majlis Penasihat Perbadanan Labuan.