MAJLIS BELIA MALAYSIA

Selamat Menyambut Hari Malaysia 2014

Majlis Belia Malaysia (MBM) mengucapkan Selamat Hari Malaysia yang disambut pada setiap 16 September 2014. Pada kesempatan ini, MBM menyeru agar seluruh rakyat Malaysia agar dapat menyingkap kembali peristiwa penubuhan Malaysia bagi  mengenang kembali jasa-jasa perjuangan pemimpin terdahulu. Sejarah ini juga akan dapat menanamkan semangat patriotisme ke dalam jiwa setiap rakyat agar terus mempertahankan kedaulatan […]

MH17 : JEMPUTAN UNTUK PENGHORMATAN TERAKHIR

“MH17 terkulai; Menyembah bumi; Menyentap jiwa; Perit untuk ditelan; Bertabah wahai Malaysia” Dijemput Exco MBM, Dewan Tertinggi dan barisan kepimpinan belia seluruh negara dijemput untuk bersama-sama memberi penghormatan terakhir kepada mangsa MH17 seperti ketetapan di bawah: Tarikh: 22 Ogos 2014 (Jumaat) Masa Berkumpul: 8.30 pagi Tempat: Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) […]

Takziah – Sdr. Abu Qassim telah kembali ke rahmatullah

Dukacita dimaklumkan Exco MBM, sdr Abu Qassim telah kembali ke Rahmatullah petang tadi akibat kemalangan jalanraya di jalan Gambang, Pahang. Beliau merupakan seorang aktivis belia yang begitu komited dalam pembangunan golongan belia dan pemergian beliau merupakan kehilangan yang besar serta amat dirasai oleh mereka yang mengenalinya. Marilah kita bersama-sama sedekahkan alfatihah.

Jemputan ke rumah Terbuka Aidilfitri Majlis Belia Malaysia

Dengan hormatnya, Majlis Belia Malaysia (MBM) menjemput saudara / saudari untuk ke Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Majlis Belia Malaysia yang dijadualkan pada 8 Ogos 2014 bermula  jam 8.00 malam hingga 11.00 malam di Taman Pudu Ulu, Taman Shamelin Perkasa, Cheras, Kuala Lumpur. Pelbagai juadah dan acara telah dirancang bagi menyambut kehadiran saudara dan saudari semua. […]

Translate »