TEMUDUGA TERBUKA PENGAMBILAN PELAJAR AKADEMI KEMAHIRAN BELIA GOLF (AKBG) SESI JANUARI 2015

Sukacita dimaklumkan pihak Akademi Kemahiran Belia Golf (AKBG), Kementerian Belia dan Sukan Malaysia akan mengadakan temuduga terbuka bagi pengambilan pelajar baru Sesi Januari 2015. Sebarang pertanyaan, sila hubungi Encik Mohd Anazem ditalian 012-9082272 atau Encik Rosmene ditalian 0111-9315413
Jom sertai ASEAN Youth Dialogue – Pendaftaran adalah percuma

ASEAN Youth Dialogue anjuran Young Southeast Asian Leaders Initiative dengan kerjasama Majlis Belia Malaysia (MBM) dan Committee for ASEAN Youth Cooperation (CAYC) berperanan sebagai program outreach untuk sebaran maklumat kepada belia-belia ASEAN dan malaysia khasnya. Program menjadi medium penerangan dan perkongsian bagi mengenalpasti peranan, cabaran dan peluang belia di peringkat rantau dan antarabangsa rentetan pembentukan Komuniti […]
Jokowi : Tahniah dipilih sebagai Presiden Indonesia

Majlis Belia Malaysia (MBM) yang mewakili warga belia di Malaysia mengucapkan setinggi tahniah kepada Joko Widodo (Jokowi) kerana dipilih menjadi Presiden Indonesia yang ketujuh. MBM berharap agar hubungan dua hala antara belia Malaysia dan Pemuda Indonesia akan menjadi lebih erat dan teguh. Tahniah Jokowi! Tahniah Indonesia!
Selamat Hari Deepavali

Majlis Belia Malaysia mengucapkan Selamat Hari Deepavali kepada seluruh rakyat Malaysia yang berugama Hindu. Perayaan Cahaya ini akan disambut oleh seluruh penganut Hindu di Malaysia pada 22 Oktober 2014 ini. “Deepavali Valthukal”