MAJLIS BELIA MALAYSIA

Situasi Getir Misi Belia Prihatin

Konvoi misi menghadapi laluan getir untuk ke lokasi yang terjejas banjir dan terputus hubungan selama 6 hari. Selepas cubaan ketiga akhirnya konvoi misi berjaya sampai ke Ladang Sokor. Sebelum kehadiran konvoi Misi, penduduk hanya memperoleh bekalan makanan yang diturunkan melalui helikopter yang mana dimaklumkan helikopter tidak dapat mendarat kerana keadaan yang tidak mengizinkan. Sumber: Catatan […]

Banjir dan Pendidikan Masyarakat

29 Dis 2014 – MBM yang diwakili oleh Saudara Ahmad Saparuddin Yusup , Penolong Setiausaha Agung hadir dalam slot di RTM 1 ‘LANDSKAP : ISU BANJIR’  yang membicarakan pengalaman beliau meninjau suasana di lapangan khususnya Terengganu. Turut serta dalam slot tersebut adalah Saudara Shuib dari Rakan Kembara Malaysia yang turut bersama MBM untuk misi di […]

Cuci Team Tiba di Kuala Lipis

1 Jan 2015 – Misi Belia Prihatin diteruskan lagi ke Kuala Lipis untuk memberi bantuan dan bersama-sama membersih dan mencuci tempat-tempat awam yang terjejas dan fokus utama adalah kawasan sekolah. Seramai 40 orang sukarelawan telah menyertai misi ini dengan diketuai oleh Sdr Hasnul Haniff Harun dan Sdr Ahmad Daniar Ismail, Exco MBM. Misi dijangka akan […]

MBD Lipis Berkongsi Rasa Kemanusiaan

31 Dis 2014 – Sdr. Ahmad Daniar Ismail, Exco MBM merangkap Naib Presiden MBN Pahang telah menyampaikan bantuan kepada mangsa banjir di kawasan terjejas di sekitar Kuala Lipis, Pahang. Beliau bersama Skuad MBD Lipis turut membantu membersih dan mencuci sekolah-sekolah di kawasan terlibat.

Translate »