Terengganu Lancar Skuad Sukarelawan Pasca Bencana

3 Januari 2015 – Sekitar Majlis Pelancaran Skuad Sukarelawan Pasca Bencana oleh YAB Menteri Besar Terengganu. Majlis disempurnakan di Kemaman, Terengganu. Seramai 300 orang sukarelawan Majlis Belia Negeri Terengganu telah menyertai Skuad ini.
Majlis Belia Jajahan Tanah Merah Turun Padang

1 Januari 2015 – Majlis Belia Jajahan Tanah Merah telah mengagihkan sumbangan bekalan makanan kepada penduduk Kg Peralla dan Kg Air Lesung di Gual Ipoh, Tanah Merah, dalam bersama-sama menjayakan Misi Belia Prihatin MBM-KBS.
Lagi Misi Belia Felda Prihatin

4 Jan 2015 – Majlis Pelepasan Serentak Konvoi Misi Bantuan Mangsa Banjir Pantai Timur Di Pejabat Felda Wilayah Alor Setar. Seramai 80 orang Sukarelawan bersama 16 buah kereta 4×4 beserta sebuah lori telah berlepas pagi tadi diketuai oleh En A Rahman Ahmad (RGM WAS). Seluruh Warga Felda Wilayah Alor Setar mendoakan agar konvoi selamat sampai ke destinasi yang dituju. […]
Misi Bantuan MBFM Prihatin

3 Jan 2015 – Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM) Wilayah Segamat, Johor telah menggerakkan Konvoi Prihatin Segamat-Jengka bagi membantu mengagihkan barangan bantuan kemanusiaan dengan melibatkan 36 sukarelawan, sebuah lori dan sebelas pacuan 4 roda. Konvoi dimulai dengan perlepasan yang disempurnakan oleh Presiden MBFM, Anuar Manap yang seterusnya bertolak pada jam 10 pagi bermula dari Felda […]