MAJLIS BELIA MALAYSIA

Lebih banyak peruntukan kepada persatuan belia aktif

KUALA LUMPUR 17 Jan. – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan bersedia mempertimbangkan peruntukan kewangan lebih besar kepada persatuan-persatuan belia yang aktif menganjurkan pelbagai program yang bermanfaat bagi golongan berkenaan. Perdana Menteri berkata, keutamaan diberikan kepada persatuan belia yang memenuhi kriteria penarafan yang bakal ditetapkan termasuk berbelanja secara berhemat dan berintegriti. Beliau berkata demikian […]

Kerajaan guna pendekatan `6E’ perkasa golongan belia – Najib

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menggariskan pendekatan ‘6E’ kerajaan untuk memperkasa golongan belia di negara ini. Berucap merasmikan Perhimpunan Agung Tahunan Majlis Belia Malaysia (MBM) ke-63 di sini, Najib berkata 6E itu merujuk kepada penglibatan, pengupayaan, pendidikan, keusahawanan, pengusaha sosial dan pengalaman. Beliau berkata dengan memperluaskan lagi platform […]

Mesyuarat tahunan, pemilihan MBM hujung minggu ini

KUALA LUMPUR: Mesyuarat Perhimpunan Agung Tahunan Majlis Belia Malaysia (MBM) ke-63 akan berlangsung di sini pada 16 hingga 18 Januari. Pada mesyuarat itu, turut berlangsung pemilihan anggota Jawatankuasa Kerja MBM baharu yang akan berkhidmat untuk tempoh dua tahun akan datang. Setiausaha Agungnya, Mohd Zaidi Aziz, berkata pemilihan itu turut membabitkan jawatan presiden, naib presiden dan […]

MBM SkilledYOUth Baiki Pendawaian Elektrik

9 Januari 2015 – Skuad SkilledYOUTH MBM yang terdiri daripada 20 orang belia berkemahiran dalam bidang elektrik telah berada di Kuala Telang, Kuala Lipis, Pahang bagi kerja-kerja pembaikan pendawaian elektrik. Seawal jam 8.30 pagi skuad ini telah memulakan kerja-kerja pembaikan pendawaian elektrik di premis-premis berikut: 1. Balairaya Kg Kuala Telang 2. Rumah Belia 4B 3. Balai […]

Translate »