DUA JAWATANKUASA KHAS DITUBUH DALAM MPBN SIDANG I PENGGAL 32 SESI 2019/2020
KUALA LUMPUR 20 Ogos – Dua jawatankuasa khas ditubuhkan dalam Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN) yang berlangsung di Pusat Belia Antarabangsa di sini. Dua jawatankuasa tersebut ialah pendidikan dan kepimpinan serta kesihatan dan sosial sebagai penambahbaikan dan tindakan kepada usul-usul yang dibawa dalam sidang ini. Perkara tersebut dinyatakan Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan, Dr. […]
MBM TERIMA KUNJUNGAN PEMUDA IKATAN MALAYSIA
KUALA LUMPUR 14 Ogos – Majlis Belia Malaysia (MBM) telah menerima kunjungan Pemuda IKATAN Malaysia yang diketuai Sdr. Shahir Adnan beserta pimpinan kanan di Wisma MBM. Rombongan ini disambut oleh Presiden MBM, Sdr. Jufitri Joha. Perbincangan seputar isu had umur belia, Undi 18, nasib belia miskin bandar dan luar bandar. Turut disentuh isu perkauman yang […]
PERTEMUAN MBM DENGAN AHLI AKADEMIK BERKAITAN KAJIAN UNDI 18
KUALA LUMPUR 15 Ogos – Majlis Belia Malaysia (MBM) bertemu dengan ahli akademik yang berminat untuk kerjasama kajian berkenaan Undi 18. Antara intipati utama perbincangan adalah kepentingan pendidikan demokrasi kepada warga belia dan bagaimana untuk mengumpulkan data yang empirikal dalam menyokong polisi. MBM turut berkongsi tentang program Sekolah Politik yang telah dianjjurkan dan akan diteruskan. […]
TAKLIMAT PERSIDANGAN MPBN KEPADA AHLI LANTIKAN MENTERI KBS
PUTRAJAYA 15 Ogos – Naib Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) merangkap Pengerusi Jawatankuasa Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN) dan Parlimen Belia Malaysia MBM, Sdr. Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz telah mewakili Presiden MBM menghadiri sesi Taklimat Persidangan MPBN kepada Ahli Lantikan Menteri Belia dan Sukan bagi Sidang l Penggal ke-32 Sesi 2019-2020 di Menara KBS […]