PRESIDEN MBM BERKONGSI KEPENTINGAN BUDAYA ILMU BERSAMA MAHASISWA
SEREMBAN 6 November – Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Sdr. Jufitri Joha telah menghadiri dan berkongsi pengisian tentang budaya ilmu bersama pelajar-pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Seremban. Dalam perkongsiaan tersebut, beliau menggesa pelajar-pelajar mengamalkan budaya ilmu dengan bersahabat dengan buku. Beliau turut memperkenalkan MBM kepada mereka.
SIDANG MEJA BULAT PEKERJAAN MEDIA ANJURAN REFSA DAN JEFFREY CHEAH INSTITUTE ON SOUTHEAST ASIA
PETALING JAYA 6 November – Majlis Belia Malaysia (MBM) diwakili oleh Presidennya, Sdr. Jufitri Joha dan Exco MBM, Sdr. Abu Kadir Mubarak Ali telah menghadiri Sidang Meja Bulat Pekerjaan Media yang dianjurkan oleh REFSA dan Jeffrey Cheah Institute on Southeast Asia. Perbincangan tertutup yang berprofil tinggi ini menghimpunkan beberapa orang menteri berkaitan, para cendekiawan, pembuat dasar, […]
KURSUS KEPIMPINAN MUDA CUEPACS
KOTA BHARU 6 November – Setiausaha Agung Majlis Bela Malaysia (MBM), Sdr. Hasnul Haniff Harun telah hadir menyampaikan ceramah motivasi kepada peserta-peserta Kursus Kepimpinan Muda Cuepacs Malaysia yang berlangsung di Hotel Al-Ansar di sini. Program ini dirasmikan oleh Presiden CEUPACS, Datuk Haji Azih Muda. Turut hadir sama kepimpinan Majlis Belia Kelantan.
BIRO PEMBANGUNAN MANUSIA, SOSIAL DAN ANTI DADAH MBM HADIRI SOUTH ASIAN YOUTH DEVELOPMENT SUMMIT DI NEPAL
KATHMANDU 5 November – Dr. Mohamad Erhan Rahimi Ab Rahman, Ahli Jawatankuasa Pembangunan Manusia, Sosial dan Anti Dadah Majlis Belia Malaysia (MBM) telah menghadiri South Asian Youth Development Summit yang berlangsung pada 2 hingga 5 November 2019. Sidang Kemuncak ini dihadiri oleh para pemimpin belia Asia Selatan daripada pelbagai organisasi, telah berlangsung di Park Village […]