Pertemuan MBM dan pusat Pembangunan Usahawan UIAM rangka program usahawan

GOMBAK 28 Ogos – Majlis Belia Malaysia (MBM) telah mengadakan sesi pertemuan dengan Pusat Pembangunan Usahawan (PPU) Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Gombak yang berlangsung di UIAM Gombak MBM diwakili Sdr. Hasnul Haniff Harun, Setiausaha Agung MBM, Sdr. Syed Osman Mohamed, Pengerusi Biro Perindustrian, Ekonomi dan Keusahawanan dan Timbalan Pengerusi BIro, Sdri. Nurliana Muhammad. PPU […]
Forum Kemerdekaan dan Aspirasi Belia Negara 2020

PUTRAJAYA 27 Ogos – Majlis Belia Malaysia (MBM) menyambut baik penganjuran Forum Kemerdekaan dan Aspirasi Belia Negara 2020 anjuran Hadhari Global Foundation Pertubuhan Legasi Tun Abdullah, Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), IAIS Malaysia dan Nahdatul Ulama di Hotel Marriot. Program begini untuk mengenang sumbangan Syeikh Abdullah Fahim dalam perjuangan kemerdekaan tanah air. Menariknya program ini […]
Perbincangan MBM bersama Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan yang baharu

PUTRAJAYA 26 Ogos – Pimpinan Majlis Belia Malaysia (MBM) telah mengadakan perbincangan awal bersama Dato’ Nor Azman Taib, Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan yang baharu tentang agenda pemerkasaan gerakan belia dan telah bersepakat tentang beberapa perkara: 1. Konvensyen Majlis-Majlis Belia Daerah seluruh Malaysia; 2. Program pekerja belia profesional untuk petugas-petugas MBD-MBN-MBM; 3. Retreat MBM – […]
Kerjasama dua hala Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan dan MBM

PUTRAJAYA 26 Ogos – Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan – MPPK telah mengadakan perbincangan bersama Majlis Belia Malaysia (MBM) mengenai 11 agenda “Memartabat Mahasiswa Malaysia” yang berlangsung di Menara KBS. MBM diwakili oleh Presidennya Sdr. Jufitri Joha dan Felo Penyelidik Pejabat Presiden MBM, Sdr. Muhamad Hanafi Jamaludin manakala MPPK diketuai Presidennya Sdr. Muhamad Amir Ashraf. Pertemuan ini bagi […]