Sukarelawan Majlis Belia Sabah agih pek makanan dan air minuman kepada mangsa banjir

KOTA BELUD 10 Oktober – Naib Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Sdr. Azuwan Marjan bersama sukarelawan Majlis Belia Sabah (MBS) telah mengagihkan air minuman dan pek makanan kepada mangsa-mangsa banjir di daerah Kota Belud di rumah mereka, selepas selesai banjir. Mereka adalah sebahagian daripada keluarga yang yang telah pulang dari pusat pemindahan sementara ke rumah […]
Program #BeliaPrihatin di SMK Taman Desa

9 Oktober – Pasukan Junior MBM seramai 20 orang telah menyertai dan sama-sama menjayakan program #BeliaPrihatin di SMK Taman Desa. Sebanyak 23 kotak makanan dan sabun cuci tangan telah disumbangkan kepada mereka yang memerlukan pada dalam tempoh Covid-19 ini untuk kegunaan warga sekolah terbabit. Program ini diketuai olah Adik Azman Ahzim, Ketua Junior MBM.
Kunjungan Syarikat Nova Spectra Energy bincang peluang kerjasama pintar

KUALA LUMPUR 9 Oktober – Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) telah menerima kunjungan wakil syarikat Nova Spectra Energy bertempat di Wisma MBM membincangkan peluang kerjasama pintar bagi membiayai program-program pembangunan belia. Syarikat ini memfokuskan kepada tenaga boleh diperbaharui yang dijangka penting beberapa tahun mendatang sehingga mencapai 20% daripada keseluruhan tenaga. Polisi tenaganya adalah memaksimakan penjanaan […]
Bengkel Khas Mohon Geran Antarabangsa

PETALING JAYA 9 Oktober – Majlis Belia Malaysia (MBM) melalui Biro Pendidikan telah menganjurkan Bengkel Menulis Proposal untuk Geran Antarabangsa bertempat di premis Lokacipta@PJ. Bengkel ini dikendalikan oleh YB Senator Yusmadi Yusoff, Pengerusi Kaukus Dewan Negara. Beliau berkongsi pengalaman mengenai hal ehwal antarabangsa dan dasar awam yang boleh diambil peluang oleh pemimpin-pemimpin belia. Banyak yayasan, […]