MAJLIS BELIA MALAYSIA

Misi Bantuan Bencana Banjir, MBM bantu mangsa banjir

IJOK 29 Nov – Misi Bantuan Bencana Banjir diketuai oleh Setiausaha Agung Majlis Belia Malaysia (MBM), Sdr. Hasnul Haniff Harun telah turun ke Kampung Teras, Ijok, Perak bagi membantu dan menyokong usaha Majlis Belia Daerah (MBD) Larut Matang yang menyediakan keperluan makanan kepada mangsa banjir melalui inisiatif “Dapur Belia”. MBM turut menyumbang sebanyak 40 pek makanan asas […]

Ziarah Kasih Jelajah sempena Jelajah Apa Khabar Belia?

BALING 29 Nov – “Ziarah Kasih” sempena Jelajah Apa Khabar Belia? bersama Dato’ Ahmad Darus, Setiausaha Politik Menteri Belia dan Sukan Malaysia serta Majlis Belia Negeri Kedah telah singgah di Negeri Kedah. Program kali ini menyantuni tiga buah keluarga yang mempunyai ahli keluarga yang terlibat dengan musibah dan sakit kritikal seterusnya menyampaikan sumbangan bagi meringankan beban yang […]

Persidangan Meja Bulat: Isu Perpaduan dan Anti Diskriminasi di Negeri Selangor

SHAH ALAM 27 Nov – Majlis Belia Malaysia (MBM) sebagai sebuah pemegang taruh belia dari pelbagai bangsa, agama dan kaum turut dijemput dalam membantu badan sivil menyuburkan isu perpaduan dan membanteras diskriminasi secara holistik. Penolong Setiausaha Agung MBM, Sdri. Atiqah Syairah Shaharuddin telah berperanan sebagai moderator dalam Persidangan Meja Bulat: Isu Perpaduan dan Anti Diskriminasi […]

MBM serah surat mohon tindakan penguatkuasaan promosi dan penjualan hsil tembakau, aksesori seks dalam talian kepada kementerian dan agensi

PUTRAJAYA 27 Nov – Majlis Belia Malaysia (MBM) telah menyerahkan surat kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Kementerian Kesihatan Malaysia serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia berkenaan gesaan tindakan penguatkuasaan kepada syarikat perniagaan dalam talian yang terlibat. Serahan tersebut telah disampaikan oleh Sdr. Jufitri Joha, Presiden MBM bersama Sdr. Hasnul Haniff Harun, Setiausaha Agung MBM. […]

Translate »