MAJLIS BELIA MALAYSIA

Mesyuarat pengisian, teknikal dan gerak kerja Sekretariat Penasihat Anak Muda PM

PUTRAJAYA 19 Feb – Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Sdr. Jufitri Joha telah mempengerusikan mesyuarat pengisian, teknikal dan gerak kerja Sekretariat Penasihat Anak Muda Perdana Menteri. MBM diamanahkan menggerakkan sekretariat ini dan pencalonan sedang dibuka kepada semua anak muda Malaysia. Pencalonan dan pemilihan dikendalikan pihak Kementerian Belia dan Sukan.

Siri Local Agenda 21 Putrajaya (online)

KUALA LUMPUR 18 Feb – Sdr. Hasnul Haniff Harun, Setiausaha Agung Majlis Belia Malaysia (MBM) telah menyertai Siri Local Agenda 21 Putrajaya secara dalam talian yang dianjurkan Perbadanan Putrajaya. Pembentangan telah disampaikan oleh penceramah jemputan, Dr. Iswanto, Pensyarah Kanan, Politeknik Kesihatan Yogyakarta, Indonesia dan Local Champion, Kampung Sukunan, Yogyakarta, Indonesia yang telah mendapat pengiktirafan dari […]

Mesyuarat Biro PIAT MBM bersama Unit Program Agropreneur Muda

KUALA LUMPUR 18 Feb – Mesyuarat Biro Pertanian dan Industi Asas Tani Majlis Belia Malaysia (PIAT MBM) bersama Unit Program Agropreneur Muda, Kementerian Pertanian, Industri Asas Tani telah berlangsung secara dalam talian (online). Unit Agropreneur Muda diwakili oleh Pengarahnya Encik Mohammad Ezri Shamsuddin di samping wakil AGRO Bank berbincang bagi menggalakkan lebih ramai belia merebut […]

Sesi Bual Polisi bersama pemimpin belia bincang persediaan transisi had umur

PUTRAJAYA 18 Feb – Timbalan Menteri Belia dan Sukan, YB Senator Wan Ahmad Fayshal Wan Ahmad Kamal telah meluangkan masa menyertai Sesi Bual Polisi Bersama Pemimpin Persatuan Belia untuk membincangkan persediaan transisi had umur. Perbincangan turut disertai Presiden MBM, Sdr. Jufitir Joha dan Dato’ Dr. Wasitah Yusof Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) […]

Translate »