MAJLIS BELIA MALAYSIA

MBM Terima Kunjungan JCI Malaysia

Kuala Lumpur | 21 Mac – Majlis Belia Malaysia (MBM) telah menerima kunjungan daripada Junior Chamber International (JCI) Malaysia yang diketuai oleh Sdri. Ellen Lu, Presiden JCI Malaysia bertempat di Wisma Majlis Belia Malaysia. Kunjungan telah disambut oleh Sdr. Izzat Afifi Abdul Hamid, Presiden MBM dan Sdr. Hasnul Haniff Harun, Setiausaha Agung MBM.MBM telah mendengar […]

Sidang Meja Bulat Malaysian Youth Climate Action Pact (MYCAP)

Dalam Talian | 20 Mac – Majlis Belia Malaysia (MBM) dijemput untuk menyertai sesi sumbangsaran Malaysian Youth Climate Action Pact (MYCAP). Sdr. Eow Shiang Yen, Exco MBM telah menyertai dan berkongsi dengan peserta-peserta mengenai MBM sebagai badan Induk pertubuhan belia. Selain itu, beliau telah mencadangkan beberapa kempen yang efektif untuk menangani isu perubahan iklim.

MBM Hadir Program Pahang Hiking Day

Pahang | 20 Mac – KDYMM Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah ibn Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin al-Mustafa Billah Shah telah mencemar duli menyempurnakan dan bersama – sama dalam Pahang Hiking Day di Bukit Merah, Padang Piol, Jerantut. Turut hadir Menteri Besar Pahang, YAB Dato’ Sri Hj. Wan Rosdy Bin Wan Ismail. Sdr. Izzat […]

Presiden MBM Menghadap KDYMM Pemangku Raja Pahang

Pahang | 19 Mac Majlis Mengadap KDYMM Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah ibn Al Sultan Abdullah Riayatuddin al-Mustafa Billah Shah oleh Sdr. Izzat Afifi Abdul Hamid, Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM). Majlis menghadap diadakan di Istana Abdul Aziz, Pahang. MBM menjunjung Kasih Tuanku atas perkenan dan nasihat khususnya berkaitan pembangunan belia di […]

Translate »