Kem Belia Methodist Platform Perkukuh Kepimpinan Generasi Muda

PORT DICKSON 15 Mac – Naib Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Sdr. Dhanesh Basil telah mewakili Presiden MBM menghadiri Tamil Annual Conference Methodist Youth Fellowship Youth Camp 2026 yang berlangsung di Glory Beach Resort, Port Dickson. Program yang menghimpunkan seramai kira-kira 600 belia dari seluruh negara ini menjadi platform penting dalam memperkukuh jaringan, kepimpinan serta […]
Jejak Ramadan MBM: Eratkan Kasih, Santuni Komuniti di Kuala Ketil

BALING 14 Mac – Siri jelajah Jejak Ramadan Majlis Belia Malaysia (MBM) di Kedah berakhir di Surau Al Huda, Kampung Seputih, Kuala Ketil dengan pengisian program yang menghimpunkan kepimpinan belia bersama masyarakat setempat dalam suasana keberkatan Ramadan. Rombongan disambut Timbalan Presiden MBM, Sdr. Khairul Azman Azeez selaku tuan rumah. Program diisi dengan bacaan tahlil sebelum […]
Ukhuwah Ramadan: MBM Bertemu Kepimpinan Belia Pulau Pinang

BUTTERWORTH 14 Mac – Dalam perjalanan pulang ke ibu kota, tim jelajah Jejak Ramadan MBM berkesempatan bertemu kepimpinan Majlis Belia Negeri Pulau Pinang di Sg Dua dalam suasana keberkatan bulan Ramadan. Hadir meraikan pimpinan MBM ialah Sdr. Naim Kasin, Setiausaha Agung MBN Pulau Pinang dan beberapa pimpinan MBNPP. Pertemuan santai ini bertujuan mengeratkan ukhuwah di […]
MBM anjur Program Sinar Kasih Ramadan, Ringankan Beban Pelajar Menjelang Syawal

PETALING JAYA 13 Mac – Program Sinar Kasih Ramadan telah berlangsung di Sekolah Kebangsaan Seksyen 7 Kota Damansara dengan kerjasama Majlis Belia Malaysia. Program ini bertujuan untuk meringankan beban keluarga penerima sumbangan sempena bulan ramadan dan menjelang syawal. Seramai 80 orang murid menerima sumbangan berupa duit raya dan barang keperluan asas. Sdr. Hasnul Haniff Harun, […]