MAJLIS BELIA MALAYSIA

Bengkel Khas Mohon Geran Antarabangsa

PETALING JAYA 9 Oktober – Majlis Belia Malaysia (MBM) melalui Biro Pendidikan telah menganjurkan Bengkel Menulis Proposal untuk Geran Antarabangsa bertempat di premis Lokacipta@PJ. Bengkel ini dikendalikan oleh YB Senator Yusmadi Yusoff, Pengerusi Kaukus Dewan Negara. Beliau berkongsi pengalaman mengenai hal ehwal antarabangsa dan dasar awam yang boleh diambil peluang oleh pemimpin-pemimpin belia. Banyak yayasan, […]

MBM mohon lanjutan Moratorium bagi bantu Belia B40 dan M40 serta golongan Peniaga Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) yang masih terkesan

Melihat kepada situasi semasa Pandemik Covid-19 yang semakin meningkat kes jangkitannya, seharusnya kerajaan melalui Kementerian Kewangan mengambil langkah dan pendekatan yang proaktif dalam membantu ekonomi rakyat. Inisiatif Moratorium Pinjaman Kewangan Secara Automatik adalah langkah terbaik dan seharusnya dilanjutkan semula. Majlis Belia Malaysia (MBM) melalui Jawatankuasa Perindustrian, Ekonomi dan Keusahawanan (MFREN) memohon kepada kerajaan agar moratorium […]

Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Penilai Modul i-LEAD

PUTRAJAYA 8 Oktober – Sdr. Hasnul Haniff Harun, Setiausaha Agung Majlis Belia Malaysia (MBM) telah menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Penilai Modul i-LEAD. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Encik Mohd Nizam Haji Ismail, Timbalan Ketua Pengarah (Kecemerlangan) Institut Pembangunan dan Kecermerlangan Kepimpinan (i-LEAD), Kementerian Belia dan Sukan. Antara perkara yang dibincangkan adalah mengenai modul-modul yang akan digunapakai […]

Perbincangan kerjasama di antara MBM dan Arkib Negara

KUALA LUMPUR 7 Oktober – Setiausaha Agung Majlis Belia Malaysia (MBM), Sdr. Hasnul Haniff Harun telah menghadiri perbincangan bersama Encik Afham dan pegawai Arkib Negara Malaysia bertempat di Arkib Negara Jalan Duta. Antara perkara dibincangkan adalah mengenai program jalinan kerjasama yang akan diadakan nanti.

Translate »