MAJLIS BELIA MALAYSIA

Pertemuan MBM Bersama Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Cawangan Kuantan

Pahang | 4 Mac – Saudari Nurliana Muhammad, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Ekonomi dan Keusahawanan MBM meneliti proses penubuhan Koperasi Hub Usahawan Belia dan OKU Nasional Berhad bersama pegawai SKM cawangan Negeri Pahang. Usaha ini rentetan mempromosi dan membantu golongan belia & OKU dalam membentuk ekosistem sokongan efisyen dalam keusahawanan negara. Inisiatif ini untuk memperkasakan […]

Perbincangan Bersama Bahagian Dakwah JAKIM

Putrajaya |3 Mac – Saudara Hanapi Jamaludin, Felo Penyelidik Majlis Belia Malaysia (MBM) mewakili Presiden MBM mengadakan perbincangan bersama Bahagian Dakwah JAKIM untuk mengelolakan bersama Webinar Kepimpinan Belia al-Qawwiy al-Amin. MBM memberikan input-input segar dan semasa yang keluar daripada tema-tema biasa dalam seminar nanti.

Sambutan Hari Wanita Dalam Talian

<<PENDAFTARAN DIBUKA>> bagi penyertaan Program Wanita Hari Ini bersempena dengan Sambutan Hari Wanita Antarabangsa 2021 5 siri perkongsian secara atas talian oleh ahli-ahli panel berpengalaman berkaitan isu yang melingkari wanita dan keluarga pada masa kini Penyertaan adalah percuma

Majlis Perasmian Sekolah Politik 2.0

Pada 6 Mac 2021 lalu telah diadakan Progran Sekolah Politik 2.0. Program ini dirasmikan oleh Timbalan Menteri Belia dan Sukan Malaysia, YB Senator Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal. Dalam ucapan perasmiannya yang diadakan secara atas talian, beliau menekankan betapa pentingnya Sekolah Politik dan institusi-institusi seumpamanya untuk meningkatkan minat, kesedaran dan partisipasi rakyat khususnya anak […]

Translate »