MAJLIS BELIA MALAYSIA

Mesyuarat Penyelarasan Panel Penilai APBN Peringkat Kebangsaan 2021

PUTRAJAYA 14 April – Naib Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Sdr. Sherhan Nizam Abdul Aziz dan Ketua Penerangan, Sdr. Wan Mohd Husni Abdullah telah menghadiri Mesyuarat Penyelarasan Panel Penilai Anugerah Perdana Belia Negara (APBN) Peringkat Kebangsaan Tahun 2021. Mesyuarat dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Pengarah, Bahagian Pembangunan Belia, Jabatan Belia dan Sukan Negara, Dr. Zainah Shariff. […]

PERTANDINGAN MENCIPTA LOGO HARI BELIA NEGARA 2021

Majlis Belia Malaysia (MBM) mempelawa seluruh warga belia Malaysia untuk menyertai pertandingan mencipta logo sempena Hari Belia Negara 2021. Pertandingan ini dianjurkan Kementerian Belia dan Sukan Malaysia bersama MBM yang akan menjadi identiti dan simbolik kepada sambutan Hari Belia Negara 2021 dan akan diguna pakai dalam kesemua aktiviti promosi, pameran atau percetakan sambutan pada tahun […]

Sekretariat MBM anjur Tazkirah Ramadhan 1442H

KUALA LUMPUR 12 April – Sempena ketibaan Ramadhan, Sekretariat Majlis Belia Malaysia (MBM) telah mengadakan sesi takzirah Ramadhan yang disampaikan oleh Ustaz Mohd Naim Mohd Noor, pendakwah bebas yang juga mantan Timbalan Presiden ABIM. “Ramadhan menguji fitrah manusia kerana dalam bulan ini mereka perlu melawan nafsu rutin seperti makan minum dan sebagainya”, ujar beliau. Hadir […]

MBM dan gabungannya sertai 100 Juta Langkah Melawan Rasuah

SHAH ALAM 12 April – Majlis Belia Malaysia (MBM) dan beberapa badan gabungannya telah menyertai 100 Juta Langkah Melawan Rasuah anjuran Sinar Harian yang berlangsung di Bangunan Karangkraf. MBM mewakili golongan belia menyatakan komitmen dan pendirian jelas dalam menolak rasuah sehingga di peringkat akar umbi. MBM diwakili oleh Setiausaha Agung, Sdr. Hasnul Haniff Harun.

Translate »