MAJLIS BELIA MALAYSIA

MBM Perkukuh Jalinan Strategik Kenegaraan Belia Bersama AKM

PUTRAJAYA 8 Jan – Majlis Belia Malaysia (MBM) telah mengadakan kunjungan hormat ke Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM), Pejabat Perdana Menteri di Ibu Pejabat AKM sebagai langkah memperkukuh hubungan strategik antara gerakan belia nasional dan institusi latihan kenegaraan negara. Kunjung hormat ini telah disambut Dato’ Dr. Roslan Hussin, Ketua Pengarah AKM bersama barisan pengurusan tertinggi AKM […]

MBM Sambut Baik Reformasi Institusi, Kesejahteraan Belia Fokus Seterusnya

Majlis Belia Malaysia (MBM) menyambut baik komitmen Kerajaan MADANI dalam meneruskan agenda reformasi institusi, termasuk usaha memisahkan peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya serta penggubalan undang-undang bagi menghadkan tempoh perkhidmatan Perdana Menteri. Langkah ini penting untuk memperkukuh elemen tadbir urus, integriti institusi dan keseimbangan kuasa dalam sistem demokrasi negara. MBM turut menghargai inisiatif kerajaan menangani […]

MBM Rai Geng Motor Belia Kedah

KULIM 3 Jan – Meskipun bahang di Kulim Hi-Tech Park membara, ia sedikit pun tidak melunturkan adrenalin ribuan anak muda yang membanjiri Kedah Drag Racing Jamboree 2025. ​Acara yang berlangsung selama dua hari sempena Karnival Sukan Bermotor Test N Tune itu menyaksikan seramai 200 peserta mempertaruhkan jentera masing-masing dalam pertempuran kelajuan dan kemahiran teknikal yang […]

Tahniah Kepimpinan MBS sesi 2025-2027

KOTA KINABALU 30 Dis – Penolong Setiausaha Agung Majlis Belia Malaysia (MBM), Sdri. Jessy Ng Chor Eng telah hadir mewakili Presiden MBM ke Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Majlis Belia Sabah (MBS) kali ke-28 yang berlangsung di Sabah International Convention Centre (SICC). Majlis disempurnakan oleh Puan Salmiah Salleh, Penolong Setiausaha Kanan, Kementerian Pembangunan Belia, Kemajuan […]

Translate »