MAJLIS BELIA MALAYSIA

Konvensyen Belia Kebangsaan 2025 tegaskan aspirasi digital Belia Malaysia

KUALA LUMPUR 15 Mei – Konvensyen Belia Kebangsaan (KBK) 2025 yang berlangsung meriah di REXKL Kuala Lumpur sempena sambutan Hari Belia Negara telah berjaya menghimpunkan lebih 300 orang belia dari seluruh negara dalam satu malam wacana yang padat, kreatif dan berimpak tinggi, menyentuh isu-isu penting dalam era kecerdasan buatan (AI), automasi dan etika digital. Mengangkat […]

Perutusan Presiden MBM sempena Hari Belia Negara 2025

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Salam Sejahtera, Salam Menggerak Belia, Salam Malaysia Madani! Saudara & Saudari sekalian, Mewakili Majlis Belia Malaysia (MBM) dan seluruh kepimpinan MBM, saya ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Belia Negara 2025 kepada semua belia, beliawanis serta seluruh penggerak belia dari segenap pelosok tanah air. Sambutan ini adalah satu penghormatan dan pengiktirafan tertinggi negara […]

Kenyataan Media Pejabat Setiausaha Agung MBM

Mesyuarat Pengurusan Majlis Belia Malaysia (MBM) bilangan tiga yang bersidang pada 9 Mei 2025 telah mengadakan perbincangan dan membuat beberapa ketetapan berikut : 1) Menyambut baik inisiatif dan dasar kerajaan Madani berkaitan isu-isu belia iaitu Perumahan Belia MADANI dan AI 4 Belia dan Masyarakat. 2) Mengambil langkah-langkah strategik melalui usaha integrasi kepintaran buatan (AI) dalam […]

Mesyuarat kerjasama IKP UiTM–MBM ke arah memeterai MoU

KUALA LUMPUR, 9 Mei – Institut Kepimpinan Pelajar (IKP), Universiti Teknologi MARA (UiTM) telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Setiausaha Agung Majlis Belia Malaysia (MBM), Sdr. Ahmad Farhan Rosli di Wisma MBM di sini hari ini. Delegasi IKP UiTM diketuai oleh Pengarahnya, Prof. Madya Dr. Alwi Mohd Yunus bersama beberapa pegawai kanan institut. Kunjungan ini […]

Translate »