MAJLIS BELIA MALAYSIA

Tanam 2,030 anak  pokok bakau! MBM, JCIM, Islamic Relief Malaysia sahut usaha pulihara alam sekitar!

Dalam usaha memulihara alam sekitar dan menyokong Matlamat Pembangunan Mampan (SDGs), Majlis Belia Malaysia (MBM), JCI Kuala Lumpur Mandarin (JCIKLM) dan Islamic Relief (IR) Malaysia serta beberapa pertubuhan belia telah berganding bahu menjalankan Program Penanaman Bakau di Pantai Kelanang, Banting, Selangor.  Program ini telah berjaya dilaksanakan dan sebanyak 2,030 anak pokok bakau ditanam di kawasan pesisir pantai.  […]

Perbincangan Majlis Tayangan Perdana Dokumentari Jubli Intan MBM bersama pengurusan AFFIN Group

KUALA LUMPUR 30 Julai – Telah berlangsung sesi perbincangan dan penyelarasan Majlis Tayangan Perdana Dokumentari Jubli Intan Majlis Belia Malaysia (MBM) bersama pihak pengurusan AFFIN Group di Menara AFFIN @TRX, Jalan Tun Razak hari ini. Setiausaha Agung MBM, Sdr. Hasnul Haniff Harun telah membentangkan perjalanan program dan update terkini kepada wakil AFFIN Group. Semua yang […]

Sesi Perbincangan Kumpulan Berfokus Kajian Pasca Pilihan Raya Ke-15

SERDANG 29 Julai – Setiausaha Agung Majlis Belia Malaysia (MBM), Sdr. Hasnul Haniff Harun hari ini telah hadir mewakili MBM ke Sesi Perbincangan Kumpulan Berfokus Kajian Pasca Pilihan Raya Ke-15 anjuran Institut Pengajian Sains Sosial (IPSAS) Universiti Putra Malaysia (UPM) bertempat di UPM Serdang. Tujuan utama kajian ini adalah bagi menyediakan syor penambahbaikan kepada pelaksanaan […]

Townhall Belanjawan 2025: Apa Belia Mahu?

Korang ada benda nak sampaikan kepada kerajaan ? Jom hadir dalam sesi Townhall Belanjawan 2025: Apa Belia Mahu? Daftar dengan scan qr code ini atau tekan pautan / link di sini : ‼️https://bit.ly/bajet2025?r=qr

Translate »