Ramah Mesra Bersama Felo NGO MBM

Dalam Talian | 13 Dis – Sdr. Jufitri Joha, Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) telah berdialog bersama 26 Felo NGO yang melakukan perantisan dengan badan gabungan MBM. Ini merupakan sebahagian usaha MBM dan Kementerian Belia dan Sukan Malaysia membantu belia di era pandemik dengan menggalakkan perantisan mencari pengalaman bersama gerakan belia di samping mempersiapkan mereka […]
Webinar Taklimat Profesionalisme Kerja Belia

Dalam Talian | 13 Dis – Sdr. Jufitri Joha, Presiden MBM telah menyertai Webinar Taklimat Profesionalisme Kerja Belia : Persijilan SKM kepada Pekerja Belia yang telah berlangsung melalui Zoom. Seramai 142 peserta webinar dan 90 orang telah mendaftar untuk mendapatkan SKM Tahap 3 Kerja Belia menggunakan laluan Tvet melalui Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT). Ini merupakan […]
MBM Terima Kunjungan Mesra Majlis Belia Sabah (MBS)

Kuala Lumpur | 13 Dis – Majlis Belia Malaysia (MBM) telah menerima kunjungan dari MBS yang diketuai oleh Sdri Noorziean Mohd Tairudin, Setiausaha Agung MBS dan dihadiri bersama Sekretariat MBS. Kunjungan disambut oleh Sdr. Hasnul Haniff Harun, Setiausaha Agung MBM. Kunjungan diadakan di Wisma MBM. Kunjungan tersebut diadakan bagi menambah baik sistem pendokumentasian, pengurusan kewangan […]
MBM Hadir Hari Belia Selangor

Selangor | 12 Dis – Sdr. Jufitri Joha, Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) telah menghadiri Sambutan Hari Belia Selangor bertempat di Bangi Avenue Convention Centre. Majlis telah disempurnakan oleh YB Dato’ Seri Ti Lian Ker Timbalan Menteri Kementerian Belia dan sukan. Ucapan aluan telah disampaikan oleh Sdr. Syafiq Ridzwan Pemangku Presiden Majlis Belia Selangor (MBS) […]