MAJLIS BELIA MALAYSIA

Jelajah Imarah Ramadan: MBM & MBNK Semarakkan Ukhuwah Belia Kedah

Alor Setar | 15 Mac – Majlis Belia Malaysia (MBM) dengan kerjasama Majlis Belia Negeri Kedah (MBNK) telah menganjurkan Program Jelajah Imarah Ramadan peringkat negeri Kedah bagi mengeratkan hubungan dengan masyarakat setempat. Program yang berlangsung di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kedah ini menyaksikan pengedaran bubur lambuk kepada orang ramai serta majlis berbuka puasa bersama […]

Jelajah Imarah Ramadan Terengganu: Perkukuh Hubungan Aktivis dan Mantan Aktivis Belia

Kuala Terengganu| 13 Mac – Majlis Belia Malaysia (MBM) meneruskan siri jelajah Imarah Ramadan dengan menghadiri Majlis Seharum Mahabbah bersama kepimpinan Majlis Belia Negeri Terengganu (MBNT) yang berlangsung di Raia Hotel, di sini. Majlis ini dihadiri oleh Presiden MBM, Sdr.Mohd Izzat Afifi Abdul Hamid. Hadir menyambut para tetamu ialah Sdr. Anas Hazizul, Presiden MBNT, serta […]

Majlis Berbuka Puasa Bersama YAB Perdana Menteri

Putrajaya | 10 Mac 2025 – Majlis Belia Malaysia (MBM) telah menghadiri Majlis Berbuka Puasa yang dianjurkan oleh agensi agama di bawah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) bertempat di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya. Majlis telah dihadiri oleh YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia. Turut hadir Menteri Agama, […]

Jelajah Imarah Ramadhan MBM 2025: Bumi Kenyalang Destinasi Pertama!

SARAWAK | 8 – 9 Mac – Ramadhan bukan sekadar bulan ibadah, tetapi juga bulan kebersamaan, kasih sayang, dan penghayatan nilai murni. Hujung minggu lalu, Majlis Belia Malaysia (MBM) telah membuka tirai Jelajah Imarah Ramadhan MBM 2025 di Bumi Kenyalang, membawa semangat silaturahim dan keikhlasan dalam berbakti kepada masyarakat. Sebanyak lima orang delegasi MBM, yang […]

Translate »