MAJLIS BELIA MALAYSIA

klik di sini untuk melawat Galeri

All about Girls merupakan program peningkatan kesedaran berkenaan kesaksamaan wanita untuk anak muda berumur 15 – 30 tahun, anjuran Majlis Belia Malaysia (MBM) dengan kerjasama UNICEF Malaysia. Program ini bertujuan untuk menyediakan ruang selamat kepada anak muda melalui pendekatan kreatif. All about Girls bertujuan untuk membincangkan dan berkongsi perspektif berkenaan kesaksamaan gender dan hak wanita.

Siri bengkel All About Girls sepanjang 2022 ini melibatkan penyertaan anak muda lelaki dan perempuan seramai 233 orang di sekitar Lembah Klang serta komuniti Orang Asli di Pahang dan Perak.

Terdapat tiga kategori Bengkel All about Girls:

1. All about Girls
Siri bengkel merangkumi topik utama termasuk: kesaksamaan jantina, keadilan sosial, dinamika jantina dan intersectionality (seperti budaya, agama) dan representasi dalam naratif media. Para peserta menerima kit fizikal untuk membangunkan karya seni digital dan fizikal (poster, meme, origami) bagi menyatakan idea mereka secara kreatif dan mesej advokasi mengenai topik ini.

2. Collective CanvaS sempena Hari Kanak-kanak Perempuan Antarabangsa
Sesi pembinaan poster kolaboratif bersama wanita muda dari Malaysia, Brunei, Filipina, dan Morocco di dalam talian bagi mengungkap harapan dan pandangan mereka berkenaan kesedaran dan pemberdayaan kanak-kanak perempuan dan wanita.

3. All about Girls: Lipstick Feminism
All about Girls: Lipstick Feminism merupakan bengkel solekan yang diminta dan dianjurkan bersama wanita muda Semelai dan Semai di Pahang dan Perak untuk peningkatan keyakinan dan kecekapan sosial mereka. Pendekatan novel yang menggunakan solekan ini dapat membuka ruang kreatif dan rasa kebersamaan serta membina hubungan bersama komuniti.

Galeri maya All about Girls ini mempamerkan hasil seni, suara, pengalaman dan pendapat para peserta melalui poster, gif, meme, origami dan video. Kami menjemput anda untuk menikmati hasil kerja seni dan suara golongan muda ini, serta menyokong permintaan mereka untuk pemerkasaan gender dan kesaksamaan untuk wanita dan kanak-kanak!

Makalah berkaitan pendekatan kreatif dan pelaksanaan program All about Girls boleh dirujuk melalui penulisan berikut:

Syafiqah A.R. (2023) Tangrik Kepanaian Hea with lipstick feminism: a case study on social competency with Orang Asli Women in the Semelai and Semai Community. Mentor Training Program under Knowledge for Change Consortium, UNESCO Chair in Community-Based Research and Social Responsibility in Higher Education.

Syafiqah A.R. and Walters, H. (2022) Material Moments in Virtual Worlds:Creating Hybrid Spaces for Feminist Consciousness-raising. Girlhood Studies 15, no. 3 (Winter 2022): 1-18. DOI: https://doi.org/10.3167/ghs.2022.150303

Walters, H. and Syafiqah A.R. (2021) Developing ‘hybrid’ workshops for online feminist consciousness raising: Reflections from our work with the Malaysian Youth Council. Gender and Education Association Blog. Available at: http://www.genderandeducation.com/issues/feminist-workshop/

Translate »