MAJLIS BELIA MALAYSIA

Cinta belia pada negara masih menebal, kepercayaan terhadap sistem perlu diperkukuh – Pakar

KUALA LUMPUR: Semangat patriotisme dalam kalangan generasi muda masih kukuh, namun cabaran yang perlu diberi perhatian ialah tahap kepercayaan mereka terhadap sistem sedia ada yang semakin terhakis, selain perubahan cara menzahirkan kecintaan kepada negara dalam era digital. Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) Mohd Izzat Afifi Abdul Hamid berkata kecintaan golongan muda terhadap negara tidak wajar diukur hanya melalui kaedah tradisional seperti mengibarkan Jalur Gemilang, sebaliknya turut dilihat melalui sokongan terhadap negara dan penggunaan platform media sosial untuk menzahirkan semangat patriotik. “Saya […]

Translate »