Tunas Madani Fasa 1 Melabuh Tirai di Pulau Langkawi

LANGKAWI 21 Sep – Program Tunas Madani 30: Transisi Kepimpinan Belia melabuhkan tirainya dengan penuh bermakna selepas menutup siri ke-8 di Pusat Latihan Kenegaraan (PLK) Langkawi yang berlangsung selama tiga hari dua malam. Siri terakhir ini mencatatkan penyertaan tertinggi seramai 102 peserta, majoritinya terdiri daripada pemegang jawatan dan ahli persatuan belia daripada Majlis Belia Negeri […]