Aquascape Week sempena Sambutan HBN 2021

DALAM TALIAN 11 Oktober – Majlis Belia Malaysia (MBM) dan Kementerian Belia dan Sukan telah menganjurkan Minggu Aquascape yang diadakan sempena Sambutan Hari Belia Negara 2021 bermula 11 hingga 17 Oktober 2021 menerusi platform FB Live MBM. Pelbagai topik dari teknik penjagaan hidupan aquarium hingga peluang menjana pendapatan dalam bidang Aquascape dikongsikan bersama panel-panel jemputan. […]
Pimpinan Majlis Belia Daerah (MBD) Kubang Pasu lawat MBM

KUALA LUMPUR 11 Okt – Majlis Belia Malaysia (MBM) telah menerima kunjungan dari pimpinan Majlis Belia Daerah (MBD) Kubang Pasu di Wisma MBM. Rombongan ini telah disambut oleh Sdr. Hasnul Haniff Harun, Setiausaha Agung MBM. Beberapa perkara dibincangkan mengenai perihal pergerakan belia. Terima kasih atas kunjungan ini.