MAJLIS BELIA MALAYSIA

Sekretariat MBM anjur Tazkirah Ramadhan 1442H

KUALA LUMPUR 12 April – Sempena ketibaan Ramadhan, Sekretariat Majlis Belia Malaysia (MBM) telah mengadakan sesi takzirah Ramadhan yang disampaikan oleh Ustaz Mohd Naim Mohd Noor, pendakwah bebas yang juga mantan Timbalan Presiden ABIM. “Ramadhan menguji fitrah manusia kerana dalam bulan ini mereka perlu melawan nafsu rutin seperti makan minum dan sebagainya”, ujar beliau. Hadir […]

MBM dan gabungannya sertai 100 Juta Langkah Melawan Rasuah

SHAH ALAM 12 April – Majlis Belia Malaysia (MBM) dan beberapa badan gabungannya telah menyertai 100 Juta Langkah Melawan Rasuah anjuran Sinar Harian yang berlangsung di Bangunan Karangkraf. MBM mewakili golongan belia menyatakan komitmen dan pendirian jelas dalam menolak rasuah sehingga di peringkat akar umbi. MBM diwakili oleh Setiausaha Agung, Sdr. Hasnul Haniff Harun.

Pertemuan MEF bincang strategi mengisi 60,000 kekosongan di sektor perladangan

PETALING JAYA 12 April – Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Sdr. Jufitri Joha telah mengunjungi Malaysian Employers Federation (MEF) bagi membincangkan strategi mengisi 60,000 kekosongan di sektor perladangan. Pelbagai insentif diberikan bagi menggalakkan belia menyertai sektor perladangan. Turut sama wakil Malayan Agricultural Producers Association (MAPA), Felo Penyelidik MBM, Sdr. Muhamad Hanapi Jamaludin dan Sdr. Thai […]

Translate »