MAJLIS BELIA MALAYSIA

Dasar Belia perlu diperkukuhkan dengan model baharu merangkumi elemen perpaduan kaum yang semakin pudar di kalangan belia

Oleh: Sivanesan Tamil Selvam Felo Penyelidik Majlis Belia Malaysia Pembentukan karekteristik belia negara bangsa (nation state) Malaysia merupakan suatu proses yang unik dengan pelbagai lapisan masyarakat berlatar belakangkan kaum, budaya, kepercayaan dan amalan yang berbeza. Namun negara majmuk ini masih gagal untuk memperkukuhkan perpaduan dalam negara. Cabaran ini ternyata amat getir apabila negara pernah mengalami […]

Mesyuarat pengisian, teknikal dan gerak kerja Sekretariat Penasihat Anak Muda PM

PUTRAJAYA 19 Feb – Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Sdr. Jufitri Joha telah mempengerusikan mesyuarat pengisian, teknikal dan gerak kerja Sekretariat Penasihat Anak Muda Perdana Menteri. MBM diamanahkan menggerakkan sekretariat ini dan pencalonan sedang dibuka kepada semua anak muda Malaysia. Pencalonan dan pemilihan dikendalikan pihak Kementerian Belia dan Sukan.

Kaji Selidik Siri1: Profesionalisme Kerjaya

Kepada warga Belia Malaysia, dipohon untuk menyertai Kaji Selidik anjuran i-LEAD dari 18 Februari hingga 19 Mac 2021. Kaji selidik ini bakal membantu i-LEAD menjalankan aktiviti dan program latihan yang bersesuaian bagi meningkatkan kemahiran belia sebelum melangkah ke alam pekerjaan. Kajian boleh dilaksanakan melalui capaian berikut:https://forms.gle/uzu3VMUJYRmQvZCg8

Translate »