SESI SUMBANG IDEA DAN GERAK KERJA SEMPENA PAKEJ PEMULIHAN EKONOMI

PUTRAJAYA 3 Jun – Jawatankuasa Tindakan Ekonomi Majlis Belia Malaysia (JAKTEM) telah mengadakan sesi sumbang idea dan gerak kerja bersama Pegawai Tugas-Tugas Khas Menteri Belia dan Sukan, Encik Saiful Azhar Shaharun bagi menangani isu ekonomi belia dan menyumbang input sempena pakej pemulihan ekonomi yang bakal diumum Kerajaan sedikit masa lagi.
MESYUARAT BULANAN CAYWA

KUALA LUMPUR 3 Jun – Mesyuarat bulanan Commonwealth Alliance of Youth Work Associations – CAYWA turut dihadiri Sdr. Jufitri Joha, Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) selaku Ahli Lembaga CAYWA membincangkan cadangan pelaksanaan ‘Digital Youth Work’ dan cabarannya. Cadangan tersebut akan dibentangkan kepada Commonwealth Secretariat.
COVID-19: Sedia insentif latih semula pekerja diberhentikan

KUALA LUMPURr: Golongan belia di negara ini berharap kerajaan dapat menyelesaikan isu pengangguran yang dikhuatiri semakin serius susulan krisis COVID-19. Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Jufitri Joha, berkata apa yang diharapkan belia kini adalah peluang pekerjaan meluas untuk mereka melalui pelan pemulihan ekonomi pasca COVID-19 nanti. Beliau berkata, inisiatif rangsangan ekonomi adalah perkara paling kritikal […]
HSBC, MBM lancar program bantu belia

MAJLIS Belia Malaysia (MBM) dengan kerjasama HSBC Bank Malaysia melancarkan Program Latihan Kemahiran Kebolehpasaran Kerja (PROKENS) untuk membantu belia yang terjejas akibat pandemik Covid-19. Program ini adalah inisiatif MBM yang disokong penuh oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) untuk melatih dan meningkatkan kebolehpasaran anak muda mendapatkan pekerjaan. Ketua Pegawai Eksekutif HSBC Malaysia, Stuart Milne berkata, […]