AYUH! SERTAI KAJIAN KESEDARAN MENGENAI KESUKARELAAN DI MALAYSIA

Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) di bawah Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sedang menjalankan Polling: Kajian Kesedaran Mengenai Kesukarelawanan di Malaysia. Jika anda seorang warganegara Malaysia dan berumur 15 tahun ke atas jom kongsikan pandangan anda di pautan berikut: http://onlinesurvey.iyres.gov.my/index.php/618162?lang=ms Respon dan pandangan anda amat bermakna demi pembangunan kesukarelawanan di Malaysia. Terima kasih!
PERTEMUAN MBM DENGAN JABATAN WARISAN NEGARA BENTUK KERJASAMA PEMULIHARAN WARISAN NEGARA DALAM KALANGAN GENERASI MUDA

KUALA LUMPUR 4 Mac – Majlis Belia Malaysia (MBM) telah mengadakan diskusi bersama Jabatan Warisan Negara (Department of National Heritage) berkaitan agenda pemuliharan warisan negara dalam kalangan generasi muda. Rombongan MBM disertai Presiden MBM, Sdr. Jufitri Joha dan Felo Penyelidik MBM, Sdr. Muhammad Hanapi Jamaludin .