PAKEJ RANGSANGAN EKONOMI : BERI KELEGAAN KEPADA PKS

Pakej Rangsangan Ekonomi yang diumumkan kerajaan baru-baru ini memberi kelegaan terutamanya kepada sektor Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS). Sektor pengeluaran merupakan pihak yang terkesan kerana ada negara yang terlibat dengan wabak Covid-19 terpaksa menutup sementara operasi kilang. Ekoran penutupan sementara operasi ini telah memberi kesan kepada pengeluaran produk serta pembayaran pinjaman balik kepada sektor kewangan […]