MAJLIS BELIA MALAYSIA

SIDANG MEJA BULAT: PERPADUAN DALAM KEPELBAGAIAN

KUALA LUMPUR 25 Februari – Majlis Belia Malaysia (MBM) dan Yayasan Dakwah Islamiah (YADIM) telah menganjurkan Sidang Meja Bulat: Perpaduan Dalam Kepelbagaian yang telah diadakan di Hotel Putra, Kuala Lumpur. Sidang Meja Bulat ini diadakan bagi mendapatkan maklum balas dan berkongsi pendapat dalam mencari satu titik persamaan dalam kepelbagaian di negara ini yang melibatkan 51 […]

RAMAH MESRA PIMPINAN MBM BERSAMA YANG DIPERTUA MAJLIS BELIA NEGERI PERLIS

KANGAR 25 Februari – Ramah mesra pimpinan Majlis Belia Malaysia (MBM) bersama Yang Dipertua Majlis Belia Negeri Perlis, Sdr. Noor Hairi Noor Mohammed. Isu pokok peluang pekerjaan masih membelenggu generasi muda di Perlis. Hadir sama Presiden MBM, Sdr. Jufitri Joha dan Setiausaha Agung MBM, Sdr. Hasnul Haniff Harun.

MESYUARAT PENYELARASAN LATIHAN KEMAHIRAN KEBOLEHPASARAN KERJA (PROKENS)

KUALA LUMPUR 25 Februari – Sdr. Hasnul Haniff Harun, Setiausaha Agung Majlis Belia Malaysia (MBM) dan Sdri. Atiqah Syahirah Penolong Setiausaha Agung MBM telah mengadakan mesyuarat penyelarasan Latihan Kemahiran Kebolehpasaran Kerja (PROKENS) bersama wakil U4U dan wakil-wakil dari Business Network International (BNI). Antara perkara dibincangkan mengenai kerjasama dan persiapan program latihan tersebut.

Translate »