MAJLIS BELIA MALAYSIA

Sukarelawan 4B-MBWP Gembleng Tenaga Bersih Negeri Perak

5 Jan 2015 – 130 orang Sukarelawan 4B Malaysia dan MBWP bersama Kesatria Muda Keselamatan KDN dan Biro Keselamatan Awam PPUM telah melakukan kerja-kerja pembersihan Pasca banjir di Kg Gajah, Kuala Kangsar dan Parit, Perak. Sukarelawan-sukarelawan ini telah mula turun padang semenjak 3 Jan 2014 untuk bergotong royong membersihkan sekolah, surau dan rumah warga emas […]

MBN Kelantan Bersih SMK Salor

4 Jan 2015 – Seramai 40 orang sukarelawan MBN Kelantan bersama guru-guru telah melakukan tugas-tugas pembersihan di SMK Salor. Skuad sukarelawan pasca banjir kini menumpukan kepada khidmat pembersihan di sekolah-sekolah memandangkan sesi persekolahan akan dibuka tidak lama lagi.

GBBM Bersih Sekolah di Kuala Kangsar

4 Jan 2015 – Pasukan Misi Bantuan Gerakan Belia Bersatu Malaysia bersama-sama YB. Dato’Seri Nazri Tan Sri Aziz telah bersama-sama turun ke kawasan banjir  di Changkat Duku, Kuala Kangsar, Perak untuk gotong royong membersih kawasan serta membersihkan beberapa sekolah di kawasan terbabit.

Translate »