MAJLIS BELIA MALAYSIA

MBNJ Sumbang Keperluan Harian

2 Jan 2015 – MBN Johor telah menyampaikan sumbangan keperluan harian di Dabong dan Kg. Bekoh, Kuala Krai. Misi ini diketuai oleh Presiden MBNJ merangkap Naib Presiden MBM, Sdr Mandzri Hj Nasib.      

Lawatan YB Dato’ Saravanan ke Titi Gajah

3 Jan 2015 – YB. Dato’ S. Saravanan, Timbalan Menteri Belia dan Sukan bersama menziarahi mangsa-mangsa banjir di Institusi Pertanian Titi Gantung, Perak. Beliau telah meluangkan masa selama sejam di pusat pemindahan tersebut untuk bertemu dan menyerahkan sumbangan kepada mangsa terlibat.

Lagi Sumbangan Dihulurkan Belia Prihatin Johor

2 Jan 2015 – MBN Johor dan Rakan Kembara Malaysia Johor bersama agensi-agensi tempatan serta masyarakat Negeri Johor mengembleng tenaga mengumpul dan menghantar barangan keperluan untuk disumbangkan kepada mangsa banjir di Pantai Timur. Skuad Kembara mula bergerak ke kemaman jam 8.00 malam.

Dato’ KP Jab Belia dan Sukan Negara Membuat Tinjauan di Tumpat

3 Jan 2015 – Sdr. Mohd Faizal Abu Bakar, Exco MBM mengiringi Ybhg. Dato’ Hjh. Hatipah Hj. Ibrahim, Ketua Pengarah Jab Belia dan Sukan Negara (JBSN) meninjau kerosakan di SK Laut, Tumpat, Kelantan. Ybhg Dato juga berkesempatan membantu membersihkan kawasan sekolah dan menyerahkan sumbangan kepada pihak sekolah tersebut.

Translate »