KUALA LUMPUR 24 Sep – Ketua Penerangan Majlis Belia Malaysia (MBM) telah menziarahi Sdri. Putri Hebat Burhani Mustafar, Ahli Jawatankuasa Penerangan dan Media Baharu MBM yang sedang menjalani rawatan di HTCM Cheras selepas ditimpa musibah baru-baru ini.
Ziarah kasih ini menjadi tanda keprihatinan dan sokongan warga MBM buat beliau agar terus kuat dan tabah menghadapi dugaan.
Seluruh warga MBM mendoakan agar beliau dikurniakan kesembuhan segera, dipermudahkan segala urusan dan kembali cergas seperti sediakala.





