MAJLIS BELIA MALAYSIA

MBM Bawa Suara Belia Dalam Kajian Budaya Damai Malaysia Madani

SERDANG, 16 April – Majlis Belia Malaysia (MBM) telah dijemput sebagai panel dalam sesi Perbincangan Kumpulan Fokus (FGD) bagi Kajian di bawah Skim Geran Penyelidikan Fundamental (FRGS) yang bertajuk “Kajian Tahap Amalan Budaya Damai Belia Bandar dalam Kerangka Malaysia MADANI”.

Sesi ini telah berlangsung di Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia (UPM) dengan menghimpunkan pelbagai pandangan strategik daripada wakil pertubuhan belia pelbagai latar belakang.

Kajian ini bertujuan menilai sejauh mana belia bandar memahami serta mengamalkan nilai perpaduan, toleransi dan kerjasama antara kaum dalam usaha mempertahankan keamanan serta memperkukuh hubungan harmoni dalam masyarakat berbilang etnik.

Selain itu, perbincangan ini turut membuka ruang kepada organisasi belia untuk berkongsi pandangan, pengalaman serta cadangan dalam memperkasa kesedaran dan pemupukan budaya damai dalam kalangan generasi muda — selari dengan aspirasi Malaysia MADANI.

MBM telah diwakili oleh barisan panel yang berwibawa:
🔹 Sdr. Hasnul Haniff Harun – Naib Presiden MBM
🔹 Sdr. Kishore Kumar – Penolong Ketua Penerangan MBM merangkap Setiausaha Agung, Majlis Belia Hindu Malaysia
🔹 Sdr. Sanjay a/l Sangaran – Timbalan Presiden, Majlis Belia India Malaysia
🔹 Sdr. Ahmad Fawwaz Ahmad Shukri – Setiausaha Agung, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)
🔹 Sdr. Lye Ting Yu – Pengerusi Jawatankuasa Hubungan Luar, Persatuan Belia Buddhist Malaysia (YBAM)

Penglibatan aktif MBM dalam sesi ini mencerminkan komitmen berterusan dalam memperkukuh peranan belia sebagai agen perpaduan, seterusnya memastikan keharmonian, kestabilan dan kesejahteraan negara terus terpelihara.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »